Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

18 Ramadan

Anakda Anom, Farid, dan cucunda Farhan, Fatin, Fatihah dan Fitri datang berbuka, termasuklah Bibik mereka Yayah.

Gambar 1. Pagi ini kabus agak tebal dan dingin.


Gambar 2. Anakda dan cucunda tiba.

Kami berbuka puasa di rumah anak Yatim Nur Zahrah (asrama perempuan) di bawah jagaan Datuk Wan dan Datin Jannah.

Kami dijemput atas undangan mereka sebagi rakan anak yatim ini. Taermasuklah keluarga ang datang ke rumah kami.

Gambar 3. Fatin memimpin Fitri turun dari kederaan. Cepat benar cucu-cucu ini membesar.

Gambar 4. Kami duduk semeja saja.

Gambar 5. Fatihah dan Farhan juga sudah besar.

Selesai jamuan, kami bergegas pulang ke rumah bagi menyempurnakan tarawikh di surau sendiri.

Gambar 6. Selepas sembahyang tarawih, kami mengahadpi more. Ada durian D88, manggis dan dokong.


Gambar 7. Nenekanda menyedikan bekalan.

Nenek sibuk membekalkan durian, dikupas dan dimasukkan ke dalam bekas plastik supaya jimat ruang, sebab ada 40 kilo dokong perlu dibawa pulang.


Gambar 8. Fatin dan Fatihah.

Gambar 10. Farhan dan Fitri, juga Arif anak En Dol dan Kam.

Gambar 10. Pulang.

Tepat 10.30 malam, anakda dan cucunda semua bertolak pulang ke Puchong. Farid dan Anom dibekalkan dengan 40 kilo dokong untuk surau mereka.

Dan ada sms mereka tiba tepat 12.00 tengah malam. Alhamdulillah, semoga cucunda semua melihat bahawa menyukakan hati orang tua itu membawa keberkatan dan nikmat yang besar.

"Memandang wajah orang tuamu itu sudah membawa pahala."