Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

Biar terlepas pandang, jangan terlepas budi bahasa

asn

Sedih juga saya nendengar yang Datuk Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abdul Hamid tidak dijemput ke majlis penyampaian Anugerah Sastera Negara di Palace of the Golden Horses pada 20 Oktober 2009 (semalam). Beliau banyak berjasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, kepada dunia sastera, dan secara khusus kepada Anugerah Sastera Negara ini. Malah seluruh hayat akademik beliau dicurahkan kepada kesusasteraan.

Wajarlah beliau merasa disisihkan.

Tentu sekali ini tidak disengajakan. Tentu ini sesuatu yang terlepas pandang. Kita boleh sahaja membuat analisis dan meletakkan kesalahan itu pada seseorang. Pegawai hubungan awam, kerani menyediakan senarai, dan senarai ini boleh berpanjangan. Tidak ada hujungnya.

Namun, dalam budaya kita, menghulurkan tangan meminta maaf lebih berkesan. Ini tidak akan dapat diganti oleh sebanyak mana surat, emel dan sms.

snBak kata orang-orang tua, mata berpandangan, budi kedapatan. (Gambar Utusan Online).