Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

1431 Hijrah: Pendidikan Mentransformasi Masyarakat

Lima puluh tiga tahun dahulu, Almarhum Tun Razak menubuhkan sekolah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu yang bukan daripada keturunan bangsawan. Ayahda adalah salah seorang daripada yang terpilih dan dihantar ke Ipoh, ke sebuah sekolah yang akhirnya dipanggil Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Cerita ini adalah sebuah cerita penghijrahan sebuah masyarakat, sekurang-kirangnya sebahagian daripada masyarakat, daripada kejahilan dan ke miskinan kepada masyarakat berilmu dan moden. Beginilah ceritanya:

Ada masanya ayahda melihat sebuah transformasi yang sangat dahsyat sehinggakan ada kalahnya tidak terbayangkan bahawa kita sebelum ini adalah sangat lain rupanya.

Lihat gambar foto di bawah. Inilah wajah-wajah anak-anak Melayu kampung circa 1950-an.

Hari ini adalah hari kedua awal Muharram tahun Hijrah 1431. Pada pendapatan saya inilah masa yang terbaik untuk kita melihat ke belakang sebelum merancang untuk tahun-tahun mendatang. Mungkin tidak seberapa tahun lagi untuk saya. Malah mungkin kurang daripada itu!

Apabila DYMM Yang Dipertuan Agung Pertama datang merasmikan sekolah kita pada 14 May 1958(?), dan mulai hari itu sekolah kita dipanggil Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Ungkapan terakhir klip filem berita Malayan Filem Unit pada masa itu adalah frasa ... "the young tigers of Tiger Lane."

Saya adalah antara pelajar pertama di STAR, SPM 1961. Saya kira kita semua sudah bersara, bersara daripada profesion masing-masing, melainkan mereka yang bekerja sendiri. Sebagai keluaran pertama, kita adalah produk pasca merdeka. Kitalah anak-anak kampung dari kawasan luar bandar yang dibawa khusus ke sekolah berasrama penuh bagi menerima pendidikan yang sebelum itu tidak wujud untuk anak-anak Melayu seperti kita. Kitalah yang mendapat manfaat langsung daripada pelaksanaan Penyata Razak 1956.

Now, some 51 years later, we were young tigers no longer. Nor old tigers are we. We have become useful thinking citizens. We lead by the knowledge we gained as our school motto prescribed Ilmu Panduan Hidup. This is about our life, thoughts, aspirations, tribulations, and still striving for the ideals we want to achieve. 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

These are the fine tigers that we have become. We have left our kampungs. Sadly, our kampung values! Our parents! We become a new generation of city Malays. Better?

Walaupun saya berterima kasih atas apa yang saya belajar di STAR, namun pada hati kecil saya ada soalan yang sering timbul. Semasa menerima tawaran, dan sebelum sekolah kita menjadi Sekolah Tuanku Abdul Rahman, sekolah kita dikenali sebagai the Malay Secondary School. Pada sekolah itu terletak impian semua guru Melayu, yang berkongres pada tahun 1952, 1955 dan 1956 bagi menuntut diwujudkan pendidikan menengah dan universiti dalam bahasa Melayu.

Itu satu perjuangan. Maruah bangsa itu pada bahasanya.

Namun, perjuangan itu tidak dilaksanakan. Sekiranya bahasa Melayu itu dilaksanakan dari saat itu.

Suatu penderhakaan kepada amanat guru Melayu yang dipuja dan dipuji!

Apakah Malaysia Masih Dijajah Bahasa dan Budayanya?

snPADA ZAMAN PASCA-KOLONIAL: ­APAKAH MALAYSIA MASIH DIJAJAH BAHASA DAN BUDAYANYA?

oleh  SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

Disampaikan dalam Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran KALAM, JKKN dan DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka, 16 Disember 2009.

Pada simpang sejarah bahasa kebangsaan, kita bertemu dan berpecah di depan mata dan kehadiran kita. Bahasa yang sudah berkembang sejak zaman sebelum Sriwijaya dan dihaluskan serta dicanggihkan di seluruh Nusantara sebagai lingua franca oleh berbagai-bagai masyarakat dan bangsa kita meluntur di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang bemasib baik, kita bukan saja diamanahkan ilmu untuk dicari, disimpan dan dikembangkan, tetapi juga diserahkan nasib bahasa yang tua lagi indah ini yang kita warisi daripada leluhur kita.

Read more: Apakah Malaysia Masih Dijajah Bahasa dan Budayanya?

Apabila anakda Akmal dan Zuraidah datang bertandang!!

Dua pekan lalu keluarga kita sebelah ayahda kawahsibuk dengan kenduri perkahwinan sepupu anakda Akmal Anas, di rumah ayah dan ibunya di Padang Temusu, Seberang Perai. Ramai ahli keluarga dan sahabat handai datang bertamu. Kenduri ini seperti cara lama, makan nasi dan gulai kawah yang dimasak oleh orang kampung.

Kenduri ini sangat meriah apabila ramai seanak-saudara yang datang, yang sudah lama tida bertemu. Rupanya begitu ramai sudah cucu-cucu saudara ayahda. Yang memanggil Pak Ajang dan Tuk Anjang itu memang ramai. Ramai betul. Tidak habis-habis semuanya bercerita dan bercerita.

Yang berhijab itu sepupu anakda, Raudhah dan Balqis. Melihat mata mereka saja pun ayahda kenal.

tuk anjang
Petang Ahad lalu ayahda dan bonda mendapat panggilan yang sangat menggembirakan. Pengantin baru Akmal dan isterinya Zuraidah datang bertandang. Mereka ditemani oleh adinda bongsu ayahda, Kartini, dan suaminya Abdul Malik.

bertandang

Dalam adat Melayu zaman ayahda, amalan begini dipanggil bertandang, kita memperkenalkan isteri atau suami kita kepada keluarga. Mereka bermalam di Janda Baik dan pulang hanya pada pagi Isnin. 

Pada masa ini, pasangan baru berkahwin akan berbulan madu bersedirian. Ini adalah amalan orang barat yang sangat mementingkan diri sendiri. Amalan ini sudah mula menggantikan adat bertandang kita, adat yang sebenarnya sangat baik dan perlu diteruskan.

Berbuka dengan Anom dan Farid pada 28 September 2008

Entri asal 2 Oktober 2008

Anakda Anom, Farid dan keluarga sampai sebaik saja masuk waktu berbuka. Ada kesesakan jalan raya di Ulu Kelang. Namun betapa kami gembira apabila semuanya sampai; Farid, Anom, Farhan, Fatin, Fathehah, Fitri dan pengasuh Fitri. Semua terus berbuka.

anonnfamily

Read more: Berbuka dengan Anom dan Farid pada 28 September 2008

Berbuka Dengan Aini, Rizal dan Ailin pada 19 September 2008

Entri asal, 2 Oktober 2008

Pada Jumaat 19 September 2008, ayahda berbuka puasa dengan anakda Aini dan Rizal di Taman Tun Dr. Ismail. Anakda Ailin juga ada bersama. Ailin berada di Malaysia dalam perjalanan menghadiri seminar di Bangkok.

Semua orang lesu kerana bekerja dan berpuasa. Tetapi bersyukurlah kita masih banyak menerima rezeki daripada Allah. Pada usia 66 tahun ayahanda masih ada jawatan dan gaji, dan ayahanda masih dapat membantu orang miskin, sebuah pondok tahfiz dan anak yatim di Janda Baik.

Aini kelesuan.

aini

Read more: Berbuka Dengan Aini, Rizal dan Ailin pada 19 September 2008