Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

Akif dan Azman di Pantai Batu Ferringhi 11 April 2009

Entri asal 11 April 2009

Pantai inilah yang pertama kali dijejaki oleh orang putih dari Portugis. Oleh sebab ada di antara mereka yang bernama Frank, dan seterusnya panggilannya menjadi Franki, dan akhirnya menjadi Ferringhi, maka lekatlah nama itu dipanggil untuk semua orang Portugis.



Di pantai ini cucunda bermain seketika, tetapi kenangannya adalah sepanjang hayat.



























Dapatan penting: seekor karang laut, a wee starfish!







Pada mulanya cucunda tidak mahu mandi laut di pantai ini kerana airnya masin, tetapi selepas seketika agak payah memujuk kamu keluar dari laut ini. Hanya janji membasahkan tekak yang dahaga dapat memujuk.

Milo ais untuk Akif,



Ais batu campur untuk Azman,



dan kelapa untuk Atuk.



Dengkurmu dalam keletihan ini semerdu nada muzik pada datukanda.

1 comments:

 
anom abdullah said...

salam ayahanda..it is a very rare occasion when it comes to meeting akif...he is at my house at the moment ..followed us back to kl yesterday..the journey from penang was..filled with his chatters all the way...and now i am spending the day with him..who knows when i get to see him again..by the time i know it he is all grown up.....

Bercuti di Janda Bai pada Hujung Minggu

Entri asal 9 Januari 2009, setahun lalu.




Ayah,



Ibu,



Kami, dan



Bibi Yayah bercuti ke Janda Baik.



Mohd. Fitri



Mandi Sungai



Farhan




Fatin



Fathehah, sejuknya



Kereta baru Atuk, Nissan Navara, 4X4 automatik



Barbiqiu di rumah Atuk



Minum di gerai Pak Cik Zaini

Tempang cuma ada tiga kaki. Satu kakinya digigit anjing dan Atuk bawa dia ke hospital haiwan dan terpaksa dipotong oleh doktor haiwan.

 

Ayahada Saudara Anakda Yang Sudah Pulang Terlebih Dahulu

Entri asal 15 Disember 2008

Ada dua orang ayahda saudara anakda yang sudah meninggal.

Sebelum Pak Wa meninggal, ada dua orang lagi ayahanda saudara anakda yang sudah pulang ke rahmatullah.

Ayahda Saudara Ustaz Mohd. Yusof Yassin Toha dan Ustazah Maimunah

yh4

Yang pertama meninggal adalah Ayahda Ustaz Mohd. Yusof Yassin Toha. Beliau meninggal pada 23 September 1977 akibat kemalangan jalan raya, motornya berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di Teluk Intan. Anakda semua masih kecil-kecil, tetapi kita semuanya pergi menziarahi jenazah beliau di Bagan Datuk. Jenazahnya dikebumikan pada waktu malam sebaik sahaja adindanya, Mohd. Nor pulang dari Australia.

Gambar ini diambil semasa Mak Lang dan Pak Lang Ustaz Yusof ini menyambut anak mereka yang pertama, Kekanda Dewi Maslehah.

yh6

Gambar keluarga Mak Lang semasa mereka tinggal di Parit, Perak.

Selepas bertugas di sebuah Sekolah Agama di Parit, Perak, mereka mendapat pekerjaan di Brunei darussalam.

yh6

Ini adalah gambar keluarga Mak Lang bersama Nenekda Aishah sebelum berangkat berkhidmat di Brunei. Sekarang Mak Lang masih tinggal di Cenderung Balai, Teluk Intan.

Ayahda Saudara Ustaz Hussin Hassan dan Mak Cik Hasanah

Ayahda Saudara Ustaz Hussin meninggal pada 3 September 2001 akibat serangan jantung. Semasa kecil anakda pernah beberapa kali ayahda bawa ke rumah Mak Cik Sanah ini di Kampung Pasir Bayam, Dong, Pahang.

yh1Mak

Mak Cik Sanah berkahwin dengan Pak Cik Hussin ini pada usia yang agak muda, dan setelah mendapat anak mereka yang pertama, Maizatul Akmam, mereka pulang menetap di Dong. Maizatul Akmam juga sudah meninggal semasa kecil.

Keluarga Mak Cik Sanah dengan arwah Kekanda Maizatul Akmam dan Kekanda Azmin.yh2

Keluarga Mak Cik Sanah bersama anakanda mereka Azmin dan Jesmaniar. Mak Cik Hasanah menetap di Dong.yh3

Selepas perkahwinan.

Sebenarnya, rumah Nenekda Aishah sudah tidak ada lagi, dan tanah tapak rumahnya pun sudah dijual kepada jirannya. Hanya pusara Datukda Tuan Guru Lebai Hassan, serta pusara Moyangda Mailam Bt Mat Tuah yang ada di Kampung Ehya, Semanggul.

Anakda semua mungkin tidak begitu ingat pada Moyangda Mailam ini. Beliau selalu sakit-sakit sewaktu anakda dibawa pulang menziarahi Nenekda Aishah ke Kampung Ehya, Semanggul.

Beliau banyak berjasa pada ayahda. Ayahda tinggal bersama beliau semasa kecil di Kampung Balun, Slim River. Cuma apabila beliau sudah tua dan uzur, beliau tinggal berhampiran dengan Nenekda Aishah di Semanggul, di sebuah rumah di seberang sungai bertentangan dengan rumah Nenekda Aishah. Apabila beliau uzur benar, beliau dibawa tinggal bersama oleh Nenekda Aishah. Nenekda Aishah menjaga beliau sehinggalah beliau meninggal pada 1 April 1979.

yh7

Orang tua tinggal bersama anak-anak itu adalah sistem dalam sosiologi bangsa kita. Kita tidak menghantar orang tua kita tinggal bersendirian di rumah orang tua.

Pada waktu itu kita berada di Athens Ohio, semasa ayahda bercuti sabatikal di Universiti Ohio. Namun berita kematian beliau tidak ayahda terima sehingga kita berpindah ke Universiti California di Berkeley pada bulan Julai. Pada masa itu belum ada telefon bimbit dan emel. Berita lambat sampai, dan telefon masih mahal dan jarang sekali digunakan bagi memanggil ke seberang laut.

Adinda angkat bonda Ainon meninggal di Kajang

Entri asal 8 Disember 2008

Subuh lagi kami bergegas ke Kajang. Dinda angkat bonda Ainon meninggal.

Inilah adik angkat bonda Ainon yang tinggal bersama beliau semasa belajar. Datin Hafsah meninggal setelah mengidap kanser payudara. Suaminya Datuk Hamzah juga tinggal dengan bonda semasa belajar. Mereka sangat menyayangi bonda yang banyak berbudi pada mereka semasa belajar dahulu.

hf1

Apabila tiba masanya, kita semua akan pergi menemui oleh pencipta kita. Tiada sebarang penangguhan.

hf2
Orang muda pun pergi, orang tua pun pergi.

hf3

Pada saat ini, pintu taubat sudah ditutup. Yang dapat memberi ganjaran pada kita setelah mati hanyalah: doa anak yang soleh, amal jariah kita dan juga ilmu yang berguna yang pernah kita sampaikan.

hf4

Apabila kita sudah disembahyangkan, rakan-rakan kita hanya dapat memberi kesaksian yang kita ini adalah orang yang dilahirkan dalam Islam, masih Islam, banyak beramal, membuat kejabjikan semasa hayat kita. Baharulah kita dilihat sebagai orang yang akan dimasukkan ke syurga.

hf5

Rumah besar, kawan yang ramai, tidak ada gunanya lagi.

hf6

Semoga apabila ayahda pergi, ayahda tidak lagi berhutang. Ayahda mungkin pergi bila-bila saja.

Negaraku!! Bukan, Ini Anneke Gronloh Menyanyikan "Terang Bulan."