Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

31 Ogos 2009

Entri asal 31 Ogos 2009

Pada malam tadi dari tingkap pustaka ayahda kelihatan bunga api ini dari tingkp.

Sudah 25 tahun kita merdeka. Semoga anakda semua bahagia. Sebelum 1957, kita semua miskin. Sekarang anakda tidak merasakan hidup miskin. Namun, prehatilah ada ramai lagi orang miskin.

Nenda Aishah menoreh getah selepas subuh. Masih gelap. Pergi ke sawah selepas itu. Esoknya memasak nasi lemah untuk dijual. Selesai membungkus nasi lemak, semahyang subuh, dan menoreh getah lagi.

Supaya ayahda dan mak wa, pak ngah, mak lang, mak cik dan wan chu dapat bersekolah. Hidup anakda tentu ada susahnya. tetapi tidak akan pernah sama dengan yang dilalui oleh nenek dan atuk.

Anggur di Janda Baik

5 Julai 2009
 
Ini adalah anggur di Janda Baik.
 
Malangnya masam.

Anakda Farid dan Anom pulang daripada menunaikan Umrah

Entri asal 1 julai 2009
 
Tengah hari 30 Jun ini ayahanda ke KKLIA menyambut anakda Farid dan Anom pulang daripada menunaikan umrah. Agak lama menunggu sebelum urusan imigresen dan kastam mereka selesai. Walaupun pesawatnya mendarat pada pukul 1.40, tetapi mereka hanya muncul di pintu ketibaan sekitar 3.30. Namum kegembiraan ayahda memang nyata, melihat anakda berdua selesai menunaikan ibadah umrah.

Kiranya anakda semua begini dalam dunia, akan bahagialah ayahda dan bonda dalam kubur.



Ayahda bertambah bahagia mendengar cerita-cerita indah di Makkah dan Madinah daripada anakda berdua. Bahagia juga mendengar anakda faham bahawa ibadah haji dan umrah ini hanya wajib sekali dalam hayat kita. Apabila ada biaya lebihan kita, dahulukan saudara-mara dalam keluarga, jiran dll. Pahalanya berganda.

Dalam perjalanan pulang selepas mempengerusikan mesyuarat ppm 5 hingga 7 petang, ayahnda singgah di Genting Sempah untuk solah magrib dan isya.

Wajah tiga beradik ini sembahyang bersama menyebabkan ayahda merasa tenang, berbaur sedih. Alangkah bahagia ibu dan ayah mereka.



Menyambut Sya'ban 1430

Entri asal 30 Jun 2009

Khamis 2 Sya'ban 1430 (25 Jun 2009), anak-anak yatim Nur Zahrah menyambut Sya'ban dengan berpuasa sunat.


Sementara menanti azan maghrib anak-anak yatim bermain-main di tepi surau Semanggol.


Anak-anak yatim sedang berbuka. Ada kalanya terlintas di hati ayahanda yang anak-anak yatim ini lebih banyak mendapat bimbingan agama daripada kita.

Adibah dan fadli

Adibah dan Fadli - 30 Mei 2009

Ayahanda mendoakan semoga hidup anakanda berdua bahagia hingga ke akhir hayat.



Semoga cinta dalam hidup anakanda berdua sentiasa:

Seteguh cinta Nabi Adam dengan Siti Hawa,
Seromatis hidup Nabi Yusof dan Siti Zulaikha,
Seindah hidup Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis,
Sebahagia hidup Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam dan Siti Khadijah al kubra.

Ayahanda

1 comments:

 
CikDibah said...

Aminn...Terima Kasih ayahanda...
moga beroleh keberkatan dariNya.