Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

Ayu dan Kyle

Anakda Ayu dan Kyle (Khair) berangkat lagi

Setiap kali anakda berdua mengisi beg untuk berangkat lagi, ayahda melihat hidup anakda tidak seperti orang lain. Air mata ayahda jatuh ke dalam. Anakda dapat hidup dalam keadaan sedikit lebih mewah daripada ini. Tetapi ini adalah pilihan anakda.

Selesai mengisi beg anakda berkata, "Inilah saja ayahda, harta dunia kami!" Bagaimana hati seorang ayah tidak sayu. Tetapi leluhur anakda dapat menunjukkan bahawa ada banyak peristiwa kezuhudan dalam keluarga kita, kezuhudan sudah lumrah. Datukda Tuan Guru Haji Hassan juga adalah seorang yang sangat zuhud. Tidak pernah ada lebih daripada tiga pasang pakaian. Ayahda juga memilih hidup biasa saja, dan di kampung.

Namun dalam hati kecil ayahda ada terrasa sesuatu yang mendamaikan, anakda ingin berkhidmat pada orang yang tidak berada di Afrika, di negara yang tidak pernah ayahda dengar sebelum ini. Somaliland. Negara ini sangat jauh dalam pengetahuan ayahda. Tetapi dalam ketawa, anakda berkata "Kami mahu ayahda datang ke Hargeisa dan melawat sekolah kami!!" Sebuah sekolah berasrama penuh untuk anak-anak perempuan.

Dalam hati, "Jikalau dipanjangkan umur dan diizinkan oleh Allah, tentu mungkin." Ayahda terkenang cerita Greg Mortenson "Tiga Cawan Teh!"

Pergilah anakda! Berbaktilah pada manusia, lebih-lebh lagi dengan yang seagama dengan anakda.

Mohd. Fitri mengheret beg umi di KLIA

Mohd. Fitri

Mohd. Fitri membantu uminya Anom di KLIA pada malam Sabtu lalu semasa uminya berangkat ke Beijing.

Anak umi, selalu membantu umi. Biar sampai dewasa, suka membantu umi dan ayah.

 

Amir Hakim dan Amirah Husna

amir & Amirah

Ini adalah Amirah Husna dan Amir Hakim.

Anak kembar Adibah Hussin dan Mohd. Fadli, dilahirkan pada 22 Mac 2010.

 

 

Bacalah Quran ini dalam bahasa Melayu

Kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu, dan semua sepupumu.

 

Semasa anakda di Berkeley, ayahda pernah mengajar anakda membaca Quran. Namun ayahda tidak pernah membicarakan maknanya.

Kini anakda sudah dewasa, bacalah terjemahan Quran ini dalam bahasa Melayu.

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Bibliografi Mengapa Kami Bantah PPSMI


Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971) 

Akta Pendidikan 1995 

Akta IPTS 1995 

Akhbar: Utusan Malaysia Mei 2002 

Akhbar: Berita Harian 16 Mei 2002 

Ahmad Adam (1994). Isu Bahasa Dan Pembentukan Bangsa. Kuala Lumpur: DBP  

Asas-Asas Kebudayaan Kebangsaan, (1971), Kuala Lumpur: Kementeria Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia 

Abdullah Hassan (1989) 30 Tahun Perancangan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Abdullah Hassan (1989) Isu-Isu Perancangan bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Abdullah Hassan (1993), Language Planning in Southeast asia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Abdullah Hassan (2002) Kemajuan Negara Beracukan Bahasa dan Budaya Melayu, Siri Bicara Bahasa Bil. 11, Kuala Lumpur, DBP. 

Asraf Abdul Wahab (1996) Manifesto Bahasa Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, Persatuan Linguistik Malaysia, Kuala Lumpur. 

Awang Sariyan (1996) ‘Idealisme dan Pragmatisme dalam Menangani Dasar Bahasa’  dalam Asraf Abdul Wahab, 186-192. 

Baron, D. (1990) The English Only Question, Yale University Press, New Haven. 

Buku Panduan IPT 1993/94 

Cummins, J. (1991). Language development and academic learning (pp161-175), dlm L.M. Maldive and G. Duqutte (Eds.). Language, culture, and cognition. England: Multilingual Matters. 

Faridah Karim et al. 1987. Laporan Kajian Prestasi Pelajar UKM. 

Fishman, Joshua (1968). ‘Nationality-Nationalism and Nation-Nationism’. Dalam C.A.Ferguson and J. Das Gupta (Ed.), Language Problems in Developing Nations. New York: John Wiley and Sons; hal. 39-52.

Hall, D. (1996) Assesing the Needs of Bilingual Pupils, London, David Fulton Publication. 

Hassan Ahmad (2002) Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di Malaysia, Siri Bicara Bahasa Bil. 9, Kuala Lumpur, DBP. 

Hassan Ahmad (2005) Memertabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan dan Pencapaian, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2, anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-27 Mac, 2005. 

Isahak Haron (2001). Prestasi Pelajar Melayu/Bumiputera di Peringkat Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM dan STPM) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1 - 2 September, 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur. 

Ibrahim Mohamed et al. (1997) Kajian Celik Komputer di Kalangan Guru-Guru di Perak, Dalam talian http://members_tripod.com/~ilhamnet/kajian.htm. 4 September 2002. 

Internet 1.http:// nces.ed.gov/timss/timss-r/figure_1.html. 12 Ogos 2002.

internet 2: http://www. Soton.ac.uk/rime/biblios/language.html. 12 Ogos 2002 

Internet 3. Review of language, society and education in Singapore :http: //ccat.sas.upenn.edu/~haroldfs/messeas/handouts/ singapore/ gopi2. html. 12 Ogos 2002 

Internet 4.Taipkan International X Olympiad, X = Mathematics, Physics, Chemistry dan Biology. 10 Januari 2003 

Intisari UKM. 1995. Bil. 4. Okt/Nov. 

Juriah Long (2005) Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris Dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar. Laporan kajian tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (tidak diterbitkan). 

Kamal Shukri Abdullah Sani (2002) Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Penagajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan di Malaysia. Siri Bicara Bahasa  Bil.15. Kuala Lumpur, DBP 

Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan (2002). Kenyataan Akhbar YB Tan Sri Musa Mohamad mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 20 Julai 2002 (atas talian) http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp (20 Julai 2002)

 Khoo Kay Kim (1991) Malay Society: Transformation & Democratisation. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. 

Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib (1993) Wawasan 2020, Kuala Lumpur: Istitut Kajian Dasar. 

Kua Kia Soong (1985) Memoranda on National Culture, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center. 

Kua Kia Soong (1985) National Culture and Democracy, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center. 

Lim Kit Siang (1986) Malaysia: Crisis of Identity, Petaling Jaya: DemocraticAction Party. 

Kuhn, T. (1993) Struktur Revolusi Sains. DBP.Terj. drp karya aslinya dalam bahasa Inggeris 1970 (edisi kedua) drp snt pertamanya 1962 

Ling Liong Sik, et al. (1988) The Future of Malaysian Chinese, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association. 

Loh Fook Seng, Philip (1975) Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 1874 - 1940, Kuala Lumpur: Oxford University Press. 

Memorandum Kumpulan 28 Disember, (1996) dalam  Asraf  Abdul Wahab, 345- 355. 

Memorandum Persatuan Linguistik Malaysia (1996) dalam  Asraf Abdul Wahab, 356-364. 

Mohd. Fazli Ibrahim (1999). “Amerikanisasi’ dan Masa Depan Budaya Tempatan”, Dewan Budaya (11), 54-55. 

Mohd. Rasdi Saamah (2003) Kesediaan Guru-Guru Sekolah Rendah Melaksanakann Perubahan Bahasa Penghantar Mata Pelajaran Sains dan Matematik, Kertas Projek Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan).

 Marsh, H.W., Hau, K.T. & Kong, C.K. (2000) Late immersion and language of instruction in Hong Kong High Schools: achievement growth in language and nonlanguage subjects. Harvard Educational Rev. Fall Issue: 302-346 

Mohamad Salleh bin Mohamed Said (2002) Qua Vadis Taksonomi Serangga. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM 

Mohd. Taib Osman (1988) Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Mahathir Mohamad, Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu, dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu 1, pada 1-2 September, 2001, di PWTC, Kuala Lumpur. 

Mohd. Ali Kamaruddin (1981) Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: UKM 

Mohd. Yusof bin Hj. Othman (1995) Penulisan sains  dan teknologi dalamm bahasa Melayu: Satu tinjauan semasa dan masa hadapan. Konvensyen Penerbitan Kebangsaan. DBP: 4-6 Dis. 

Mohd. Yusof Othman (2002) Bahasa Melayu Bahasa Sains dan Teknologi, Dewan Bahasa (11), hlm 28-40. 

Newsweek 2 Dec. 1996 Nik Safiah Karim (1996) ‘Kesangsian Setelah Tercapai Kejayaan’, dalam  Asraf  181- 185. 

Nooreiny Maarof et al. (2003) Keupayaan Penguasaan Kemahiran Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu Dalam Arus Globalisasi, Projek Arus Perdana Ap 1/2000, Bangi, UKM. 

Nor Hashimah Jalaluddin (2003) Kuasa Politik Melawan Kuasa Ekonomi, Language and Empowerment, Kuala Lumpur, Persatuan Bahasa Moden Malaysia. 

Nor Hashimah Jalaluddin (2003) Penerimaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar dan Guru, Projek Penyelidikan II/10/2003Persatuan Linguistik Malaysia/ATMA, Bangi, UKM 

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Tengku Mohd. Tengku Sembok (2002) Kamus Dewan Tiga Edisi: Tinjauan Leksikografi Tiga Dekad, Projek IRPA 07-02-02-0041, UKM. 

Noriah Mohammad (2000) Kesan  Globalisasi Terhadap Bahasa , Kertas Kerja   Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu /Indonesia Ke-2, Minden, Universiti Sains Malaysia. 

Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-27 Mac, 2005.

Phillipson, Robert (2000). Iinguistic Imperialism. London: Oxford University Press. 

Phillipson, Robert (1999). ‘Political Science’. Dalam Handbook of Language and Ethnic Identity (Joshua A. Fishman, Ed.). London: Oxford University Press. 

RML-RMDL. Laporan Rancangan Malaysia ke-5 hingga ke-8. 

Report on Malaysian Writers Conference, Singapore, 1962 

Salina Ibrahim (2002) Bahasa Inggeris: Kelemahan Pelajar Universiti Bermula dari Sekolah, Utusan Malaysia 11 Julai: 3 

Saville – Troike, M. (1991). Teaching and Learning for academic achievement. Washington, DC:NCBE. 

Senario  Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan, 1996. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Sperber and Wilson (1995) Relevance Theory: Communication and Cognition,Oxford, Blackwell. 

Syed Husin Ali (1996) ‘Tamadun Berbahasa Menjelang 2020’, dalam  Asraf,  164-171. 

Sandu, K.S. (1969) Indians in Malaysia, Cambridge: Cambridge University Press.

Siri Pengetahuan Am, (1994) Dasar-dasar Negara (edisi ketiga), Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. 

Shaharir bin Mohamad Zain (1991) Tahap penghayatan bahasa Melayu dalam sains dan teknologi. Jurnal Dewan Bahasa. Dis., 1038-1051. 

Shaharir bin Mohamad Zain (1996) Pembangunan sains dan teknologi di Malaysia menerusi bahasa Melayu. Syarahan Raja Ali Haji 1996. Persatuan Linguistik Malaysia. 

Shaharir bin Mohamad Zain (2001) Masalah penerbitan buku pengajian tinggi dan strategi penyelesaiannya. Seminar Penerbitan Buku S & T  anjuran UKM-DBP, 25 April 2001. Pascasidangnya diterbitkan oleh DBP 2002. 

Shaharir bin Mohamad Zain (2002) Berakhirnya SAKTI Melayu? Dewan Bahasa November 2002. 

Shaharir Mohamad Zain (2005). Beberapa Akibat daripada Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2, anjuran Persekutuan Badan Pendidikan 

Sham Sani et al. (1983) Kajian Pengesanan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1974-1980. Biro Penyelidikan dan Perundingan UKM. 

Tan Liok Eee (1985) Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961, Unpub. Ph.D. Dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur. 

Teo Kok Seong (1996) ‘Penukaran Kod dan Bahasa: Satu Fenomena Kedwibahasaan’, Pelita Bahasa, 41-43. 

Teo Kok Seong (1999) Kedominanan Bahasa Melayu di Malaysia, Jurnal Bahasa 43 (1), hal. 25-33. 

Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (2000) Kuala Kangsar: Pertemuan Budayawan 2000. 

Tollefson, J.W. (1991). Planning Language, Planning Inequality: Language policy in the community. United Kingdom: Longman Group. 

Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein (1960, 1975) Kuala Lumur: Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri 

Wan Abdul Kadir Yusoff & Zainal Abidin Borhan (1985) Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 

Watson, J.K.P. (1983) "Cultural Pluralism, National-Building and Educational Policies," in Chris Kennedy, Language Planning and Language Education, London: George Allen & Unwin. 

Wawasan 2020. terj “Malaysia: The Way Forward.” Ucapan Dr. Mahathir Mohamad 28 Feb 1991 di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia K. Lumpur. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia 1991 

Wan Esuriyanti Wan Ahmad (2003) Teruskan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris: Dr.M. Berita Minggu, 7 September; 1

Wood, J.W. (2002) Adapating Instruction to an Accommodate Students in Inclusive Settings, New Jersey, Merrill Prentice Hall.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001) Bahasa, Pendidikan dan Pembangunan, Siri Bicara Bahasa Bil. 5, Kuala Lumpur, DBP.

Zulkifli Jalil (2003) Pencapaian Pelajar Melonjak, Utusan  Malaysia, 6 September ;1

Zainuddin Bikum (2006). Kesan Pengajaran Sains Tingkatan 1 dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Hulu Selangor, disertasi Sarjana Pendidikan UPSI