Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

Mengenang Nenekanda Aishah pada Pagi Raya 1431

Nenekanda Aishah pergi menyahut panggilan Ilahi pada 8 Mac 1999. Kini sudah sebelas tahun bonda meninggalkan kami. Semoga roh bonda dikasihi oleh Allah dan diletakkan bersama-sama orang yang dikasihi-Nya. Semoga apa yang anakdanda semua lakukan dapat mensejahterakan bonda di alam barzakh.














Masakan kami lupa pada kelicahan dan kegigihan bonda mengahdapi kehidupan harian. Dalam membesarkan kami, banyak usaha bonda, daripada menyediakan dan menjual nasi lemak, mi, kuih pau, dan kemudian menoreh getah, menanam dan menuai pada musim padi.

Pada usia lebih tua, bonda lebih giat menjahit, dan pernah bonda kami sesali. Hidup tdak semewah sesetengah orang lain, tetapi memang begitulah hidup kebanyakan orang dalam zaman selepas pemerintahan Jepun, zaman darurat, zaman merdeka.

Kami semua menjadi "orang" seperti yang bonda mahukan.

Al-fatihah.

Untuk mereka yang tiada punya!

Entri asal 8 September 2010, sebelum raya.

Mereka ini, orang asli kampung Songkok, Hulu Selangor, hidup pada tahap yang paling asas.
















Semoga anakanda semua berbahagia dan dapat merayakan 1 Syawal 1431 ini dengan serba keberadaan.

iranya anakanda ingin tahu, ada mereka yang masih berada dalam kapsul waktu jauh sebelum waktu kita. Ayahanda hanya mencuba membawa sedikit kebahagiaan untuk mereka.

Ayahanda dan Bonda menyampaikan barang-barang makanan daripada "Islamic Relief Malaysia" kepada Orang Asli Kampung Songkok di Hulu Selangor. Moga-moga, hari raya mereka sedikit lebih baik daripada hari biasa.

Moyangda Mailam

Anakda pernah bersua dengan Moyangda Mailam. Beliau sudah tua dan uzur semasa anakda kecil dan beliau dijaga oleh Nenekda Aishah. Gambarnya ada tetapi hilang, Yang tinggal hanya sijil kerakyatan beliau. Beliau ada meninggalkan harta kepada Nenekda Aishah, antaranya tanah kampung di Slim Village dan dusun di Balun tempat ayahda membuat rumah persinggahan bagi memudahkan ayahda mengajar di UPSI.

Beliau meninggal semasa kita di Berkeley pada tahun 1979.

Minggu lalu ayahda memetik dokong di dusun Haji Manaf di Janda Baik. Ayahda ditemani oleh isterinya dan seorang pembantu lelaki. Dan Bibik ini mengingatkan saya pada almarhum Moyangda Mailam. Beginilah lebih kurang suasana kami di dusun di kampung Balun, Slim River dalam tahun 1950-an. Cuma pada zaman itu "dokong" belum ada. Yang ada cuma langsat dan pulasan.

Ayahda masih ingat pada masa itu, sebelum zaman darurat, kami sering tidur di dusun. Pondok di dusun itu tidak ada pintu pada dinding. Pintunya di lantai. Apabila senja kami naik ke atas pondok melalui lantai, dan apabila tiba di atas, lantai ditutup.

Pada pagi hari Moyangda dan ayahda turun ke paya untuk mandi. Paya itu jauh dan curam benar rasanya di kaki bukit.

Apabila pulang ke pondok, Moyangda akan menceritakan, "Ini tapak Pak Belang, dia makan durian ini malam tadi."

"Yang ini tahi gajah ....."

Sekarang baru ayahda faham mengapa pondok kami tidak berpintu di tempat biasa, dan bertangga di lantai!

Bibik, isteri Haji Manaf membakar daun koko. Perawakan tubuhnya mengingatkan ayahda pada Moyangda Mailam, cuma beliau akan memakai tudung di atas kepalanya.

18 Ramadan

Anakda Anom, Farid, dan cucunda Farhan, Fatin, Fatihah dan Fitri datang berbuka, termasuklah Bibik mereka Yayah.

Gambar 1. Pagi ini kabus agak tebal dan dingin.


Gambar 2. Anakda dan cucunda tiba.

Kami berbuka puasa di rumah anak Yatim Nur Zahrah (asrama perempuan) di bawah jagaan Datuk Wan dan Datin Jannah.

Kami dijemput atas undangan mereka sebagi rakan anak yatim ini. Taermasuklah keluarga ang datang ke rumah kami.

Gambar 3. Fatin memimpin Fitri turun dari kederaan. Cepat benar cucu-cucu ini membesar.

Gambar 4. Kami duduk semeja saja.

Gambar 5. Fatihah dan Farhan juga sudah besar.

Selesai jamuan, kami bergegas pulang ke rumah bagi menyempurnakan tarawikh di surau sendiri.

Gambar 6. Selepas sembahyang tarawih, kami mengahadpi more. Ada durian D88, manggis dan dokong.


Gambar 7. Nenekanda menyedikan bekalan.

Nenek sibuk membekalkan durian, dikupas dan dimasukkan ke dalam bekas plastik supaya jimat ruang, sebab ada 40 kilo dokong perlu dibawa pulang.


Gambar 8. Fatin dan Fatihah.

Gambar 10. Farhan dan Fitri, juga Arif anak En Dol dan Kam.

Gambar 10. Pulang.

Tepat 10.30 malam, anakda dan cucunda semua bertolak pulang ke Puchong. Farid dan Anom dibekalkan dengan 40 kilo dokong untuk surau mereka.

Dan ada sms mereka tiba tepat 12.00 tengah malam. Alhamdulillah, semoga cucunda semua melihat bahawa menyukakan hati orang tua itu membawa keberkatan dan nikmat yang besar.

"Memandang wajah orang tuamu itu sudah membawa pahala."

 

Anak oleh Freddie Aguilar

Lagu ini kerap ayahda dengar semasa anakand masih kecil, sambil berfikir apa akan terjadi pada anakda semua apabila dewasa.