Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

Pantun Hang Tuah

Maka Hang Jebat dan Hang Kasturi pun berpantun:

Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak Raja Melaka.
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.

Maka Laksamana Hang Tuah pun berpantun:

Lokan melata di perahu,
Belah balang bercendawan.
Bukan aku tiada tahu,
Akulah hulubalang minta lawan.

Maka Hang Kasturi pun berpantun:

Gajah lekir kuda beraksa,
Di mana kuhempaskan
Sama lebur sama binasa.
Orang kaya dimanakan aku tumangkan.

Maka Hang Lekir pun berpantun:

Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara.
Adakah bisai tahu takut!
Kami pun muda lagi perkasa.

Maka Hang Lekiu pun berpantun:

Ambil galah kaitkan jantung.
Ciak banyak makan di jalan.
Pada Allah tempat bergantung.
Datang tombak kita melawan.

Daripada facebook Prof. Alias.

Pantun perpisahan

Tuailah padi antara masak,
Janganlah nanti layu-layuan.
Intailah kami antara nampak,
Jangan nanti rindu-rinduan.

Dualah tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang.
Dualah tiga boleh kucari,
Manakan sama Si Adik seorang

 

Pantun memohon derma

Wahai kawan wahailah rakan
Marilah kita belajar bersama
Marilah semua rakan dan taulan
Supaya menjadi rakyat berguna

Wahai tuan para bangsawan
Murahalh hati lagi dermawan
Sekolah kami memerlukan bantuan
Sudilah kiranya tuan menghulurkan sumbangan


 

Pantun Nik Aziz

Kalau berladang kurang tekun;
Lesaplah padi ditelan belukar.
Kalaulah hilang tukang pantun;
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan;
Selitkan besi jadi kemudi.
Mati ikan kerana umpan;
Mati hamba kerana budi.

Pantun YAB Tuan Guru Nik Aziz sempena Majlis Perasmian Konsert Antara Benua, di Shah Alam, pada 1 Ogos 2009.

Pantun dpd Seminar Bahasa Melayu Antarabangsa

Nasi dagang makanan kegemaran
menjadi santapan di majlis rasmi
Datangnya tuan ke majlis kami alu-alukan
Menambah seri majlis kami

Negeri Terengganu nama diberi
Bandar pesisir indah berseri
Semoga majlis memberi erti
Mana yang kurang mohon dimaafi.