Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)



Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

Perbadanan Kota Buku

Penubuhan Kota Buku ini melalui sejarah yang agak panjang, dan pada hari ini ia semakin menjadi kenyataan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada tahun 1966, para pakar buku bermesyuarat di Tokyo di bawah anjuran UNESCO, supaya negara-negara dunia menubuhkan badan yang bertugas memajukan buku, membangunkan perpustakaan, dan memupuk minat membaca. Dan pada tahun 1968, Malaysia tergolong ke dalam 18 buah negara Asia-Pasifik menubuhkan Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan. Namun tidak banyak perkembangan berlaku akibat Malaysia tidak mempunyai sebuah dasar buku negara.

Dalam World Congress on Books di London pada tahun 1982, isu ini menjadi jelas, dan Malaysia melahirkan Dasar Buku Kebangsaan pada 1 Oktober 1984. Dua puluh tahun kemudian, Malaysia belum dapat menggerakkan perkara yang tercatat dalam Dasar Buku Kebangsaan tersebut. Ada cadangan mewujudkan Kampung Buku Kuala Lumpur, seawal 1998, tetapi tidak ada tindakan positif dilakukan.

Pada 1 Mei 2005, Datuk Seri Najib Razak, membuat pengumuman pertama mewujudkan Kampung Buku Malaysia ini dalam Majlis Perasmian Dewan Industri Buku Malaysia. Seterusnya empat tahun kemudian, pada 19 Mei 2009, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peri pentingnya penubuhan Kampung Buku Malaysia ini dalam sebuah majlis anjuran ITNM.

Akhirnya pada 23 Mac 2010, Projek Brief Kota Buku Kuala Lumpur (KBKL) dimajukan kepada Unit Perancangan Ekonomi, Malaysia. Sebuah Kertas Jemaah Menteri KBKL disediakan, dan pada 25 Oktober 2010, Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan Penubuhan Kota Buku dengan geran permulaan RM30 juta. Seterusnya, pada 9 November 2010 penubuhan Perbadanan Kota Buku diluluskan oleh Menteri Pelajaran.

Perbadanan Kota Buku didaftarkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan pada 6 Julai 2011.

Perbadanan Kota Buku akan dilokasikan di Lot 690, Seksyen 46, Mukim Kuala Lumpur, iaitu tapak Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, di Jalan Raja Laut, Kuala lumpur. Adalah diharapkan Perbadanan Kota Buku ini akan dapat:

Menyediakan infrastruktur kepada semua usahawan industri berkaitan dengan buku dan persatuan buku tempatan di bawah satu bumbung;
Menjadi pusat pamerandan jualan buku terbitan syarikat tempatan dan luar negara;
Menjadi pusat pertemuan kepada pelbagai urusan jual beli buku dan pelbagai urusniaga melibatkan industri buku;
Menyediakan kemudahan kepada pustakawan, pensyarah, penyelidik, pelajar dan semua pihak berkatan bagi mendapatkan koleksi buku terkini terbitan dalam dan luar negara;
Menyediakan infrastruktur untuk pelbagai aktiviti melibatkan pembangunan industri buku; dan
Menyediakan ruang yang berfungsi sebagai pusat pameran mini untuk proses lengkap penerbitan sebuah buku.

Pada hari ini, mesyuarat Pelan Pengurusan Kota Buku Kuala Lumpur diadakan di Bilik Melati, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' Dr. Rosli Bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, yang juga dilantik sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah, Kota Buku Kuala Lumpur.

Profesor Emeritus Abdullah Hassan juga turut hadir sebagai seorang daripada Pengarah Syarikat yang dilantik oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Juga hadir adalah Tan Sri Dato Dr Asiah Abu Samah yang akan menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Kota Buku Kuala Lumpur. Turut hadir juga adalah Dr. A'Azmi, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, dan Puan Norhayati, juga daripada MBKM. Puan Norhayati dipinjamkan ke Kota Buku Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang bertujuan mengmpul pendapat dan saranan awal ini dihadiri oleh para penerbit, pengurus rangkaian kedai buku, dan pihak yang berkaitan dengan buku.

Namun, masih banyak perkara yang perlu diperjelas dan dijalankan bagi menggerakkan Kota Buku Kuala lumpur ini.