Login Form

Profile

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.

Inilah PESAN AYAHANDA kepada anakanda Anom, Aini, Ailin dan Ayu. 

Ayahanda tidak dapat menasihati anakanda sepenuhnya. Cepat benar anakanda dewasa dan terpisah daripada ayahanda. Semoga anakanda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.

Aayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."


Anom, Ayu, Aini & Ailin (2009)

Galeri

Menilai 40 tahun DBP: perjuangan yang belum selesai

daripada: semanggol.com

Ulasan yang disiarkan ke dalam buku cenderamata Ulang Tahun ke-40 Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan sedikit suntingan.

Setelah wujud selama 40 tabun, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah mencapai beberapa objektif utama penubuhannya. Oleh sebab itu DBP tidak perlu lagi mengulang-ulang usaha yang sudah selesai. DBP perlu memberi tumpuan kepada yang masih belum selesai.

 

DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956, di Johor Bahru, kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada masa DBP ditubuhkan, ia memberi tumpuan pada ejaan, sebutan, istilah, kamus dan tatabahasa. Di samping itu ia ditugaskan bagi menyatukan bahasa Melayu serantau. Ia juga ditugaskan bagi mengembangkan bahasa Melayu. Yang penting, ia juga ditugaskan bagi membawa ilmu masuk ke dalam bahasa Melayu. Semua tugas ini selesai dilaksanakan oleh dua generasi pemimpin dan pegawai DBP yang lalu.

Generasi pertama pemimpin DBP, Ungku Aziz dan Syed Nasir Ismail sudah berhasil meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berdaulat di negara ini. Melalui kempen Bulan Bahasa Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah pimpinan Syed Nasir Ismail dapat meningkatkan kesedaran dan penerimaan bahasa Melayu itu sebagai bahasa Kebangsaan negara. Melalui usaha gigih DBP yang berpegang pada perjuangan (resolusi) Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956) dapat mendinamikkan bahasa Melayu. Daripada sebuah bahasa yang hanya digunakan bagi menyampaikan pendidikan rendah ia sudah menjadi sebuah bahasa pentadbiran negara dan bahasa pengantar dalam pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Daripada sebuah bahasa yang dituturkan oleh satu kaum, ia sudah menjadi bahasa yang dituturkan oleh semua kaum di Malaysia.

Generasi kedua pemimpin DBP, Dato’ Ali Ahmad, Dato’ Hj. Sujak Rahiman, Dato’ Hassan Ahmad, dan Dato’ Jumaat Md. Nor, meneruskan perjuangan ini dengan memperkemas sistem sebutan dan ejaan bahasa Melavu, peristilahan, dan perkamusannya. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malasyia (MABBIM) pada tahun 1972, sudah berhasil mempercepat penyelarasan ejaan, sebutan, dan istilah di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Di samping itu DBP terus menerbitkan buku-buku ilmu yang sangat diperlukan, sama ada dengan menghasilkan karya asli mahupun menterjemah daripada bahasa asing, lazimnya daripada bahasa Inggeris. Pada tahap ini, DBP sudah menjalankan tugasnya dengan sangat berkesan.

Dalam kedua-dua zaman ini, perkembangan sastera Melayu menjadi rancak. Tugas-tugas DBP dalam hal ini banyak dibantu oleh persatuan penulis tanah air, lebih-lebih lagi GAPENA dan PENA. Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Penterjemah Malaysia juga memainkan peranan dalam hal ini. Malah, ramai pegawai utama DBP juga menjadi pemimpin bahan-badan penulis dan bahasa ini.

lni adalah kejayaan pemimpin-pemimpin DBP dan pegawainya, serta para pejuang bahasa dan sastera dalam dua generasi yang lalu. Kepada mereka kita semua terhurtang budi.

Sekarang kita berhadapan dengan generasi ketiga dalam hayat DBP. Pemimpinnya baru. Pegawai generasi kedua ini masih ada, tetapi lebih ramai pelapis dari generasi ketiga. Keadaan sudah berubah, Tuntutan bangsa terhadap bahasa adalah lain, tetapi aktivitinya masih sama, membina kepustakaan ... PUSTAKA. Harapan negara terhadap DBP juga lain. Usaha mendaulatkan bahasa Melayu sudah selesai. Pembinaan ejaan, sebutan, tatabahasa, istilah dan kamus sudah selesai. Penangguhan rasmi mesti dilakukan. Ejaan, sebutan, tatabahasa dan makna atau definisi perkataan jangan berubah-ubah lagi.

Perkembangan sastera Melayu juga berjalan rancak. Pembelajaran sastera di sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah juga aktif. Persatusn-persatuan penulis di bawah pimpinan GAPENA juga sangat membantu. Yang perlu dijalankan lagi adalah usaha-usaha pemupukan supaya bahasa dan sastera mencapai kejayaan setererusnya. Yang perlu kita fahami sekarang adalah usaha membetulkan ejaan, sebutan, tatabshasa, istilah dan kamus bukan ilmiah. Sebarang penerusan usaha dalam bidang ini adalah umpama Don Kisot yang bersilat dengan kincir angin. Usaha-usaha ini bolehlah diambil alih oleh para guru bahasa, bahasawan, sasterawan, para penerbit dan lain-­lain. Pegawai DBP perlu meninggalkan aktiviti ini, dan menjalankan usaha yang lebih tinggi, membina kepustakaan dalam bahasa Melayu.

Perjuangan yang belum selesai

Inilah perjuangan yang belum selesai iaitu pembinaan kepustakaan dalam bahasa Melayu. Yang perlu dibangunkan adalah masyarakat Malaysia, melalui bahasa kebangsaannya sendiri. Dalam menilai pembinaan sesebuah bahasa dan budaya sesuatu bangsa, kita melihat kepustakaan yang wujud dalam bahasa itu. Pada generasi ketiga DBP ini terletak tanggungjawab meneruskan perjuangan bahasa, iaitu membina kepustakaan dalam bahasa Melayu. Ini sesuai dengan perkataan pustaka pada nama institusi ini; Dewan Bahasa dan PUSTAKA. Dan kita sering melupakan perkataan PUSTAKA, yang bermaksud ILMU dalam bahasa kita.

Dalam dunia ini kita melihat ada lebih kurang 300 juta umat manusia yang menuturkan bahasa Melayu, khususnya di rantau ini. Ilmu perlu diimport ke dalam hahasa Melayu. Ilmu perlu dibina dalam bahsaa Melayu. Apabila ilmu terbina, maka umat yang menuturkan bahasa Melayu ini akan menerima pendidikan ilmu melalui bahasanya sendiri. Inilah yang utama. Menerima ilmu melalui bahasa Melayu akan meruntuhkan cengkaman minda bahasa asing terhadap orang yang menuturkan bahasa Melayu. Negara yang terus meminjam bahasa asing bagi menyampaikan ilmu ternyata tidak dapat membebaskan minda asli mereka daripada terjajah. Mereka banyak menjadi peminjam dan pengguna kepada minda bangsa asing itu saja.

Kita telah mencapai banyak kejayaan dalam menuju pembebasan minda dan idea daripada dijajah oleh bahasa asing. Uasaha inilah yang perlu diperjuangkan oleh generasi ketiga DBP. Dalam menjayakan usaha ini DBP akan dibantu oleh pejuang-pejuang bahasa dan sastera, tidak kira di mana mereka berada, sama ada di institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau dalam kalangan khalayak ramai.

Teruskanlah perjuangan bahasa dan bangsa!

Abdullah Hassan, Ph.D.
Profesor Bahasa Melayu
Universiti Sains Malaysia
 
1 Mei 1996